Sunday 6 April 2014

Nasi ayam RM1.90





BESUT, TERENGGANU - Dalam keghairahan ramai peniaga menaikkan harga makanan di premis mereka berikutan kenaikan harga bahan mentah termasuk bahan api, masih ada peniaga di sini tetap menjual dengan harga lama.

Seorang pengusaha kedai makan nasi ayam di Gong Kemuntong, Jertih, Ramli Mat Zaid, 43, berkata, dia masih mengekalkan harga nasi ayam yang dijualnya iaitu RM1.90 sepinggan, sejak premisnya yang terletak di depan Padang Astaka Jertih, di sini, beroperasi hampir lapan tahun lalu.
Menurutnya, harga nasi ayam biasa yang dijualnya masih sama tanpa mengubah saiz ayam dan nasi sejak dulu lagi walaupun harga ayam dan beras naik.

“Walaupun kekal dengan harga lama dan barangan pula semakin mahal, saya masih dapat untung meskipun tidak sebanyak ketika harga bahan mentah murah.

“Saya berniaga nasi ayam ini bermula daripada harga ayam sekitar RM4.50 sekilogram sehinggalah harga sekarang kira-kira RM6.50 sekilogram, namun saya masih mampu menjual dengan harga murah,” katanya yang mempunyai lapan pekerja.

Ramli berkata, memang menjadi hasratnya semasa memulakan perniagaan untuk menjual nasi ayam itu dengan harga RM1.90.

Katanya, pelanggan yang menempah nasi ayam dengan air minuman teh 'O' ais di kedainya hanya perlu membayar RM2.90 sahaja.

“Walaupun harga ayam meningkat, tetapi apabila pelanggan ramai berkunjung ke kedai kita, tetap memberi pulangan menguntungkan,” katanya yang menyediakan kira-kira 80 hingga 100 ekor ayam sehari.
Bagaimanapun katanya, bagi nasi ayam spesial, harga yang dijual telah naik sebanyak 50 sen pada awal tahun ini daripada RM3.00 menjadi RM3.50 sepinggan.

Sementara itu, salah seorang pelanggannya, Mohd Razali Mahmud, 31, berkata, dia menjadi pelanggan setia di kedai itu kerana harga nasi ayam yang dijual murah dan berpatutan.

“Langkah pengusaha kedai nasi ayam ini yang tidak menaikkan harga membuktikan peniaga masih mampu mendapat keuntungan walaupun harga barang mentah naik.

“Masalah sekarang, harga bahan mentah naik tidak seberapa, tetapi peniaga menaikkan harga makanan melampau-lampau,” katanya



Monday 27 January 2014

Hukum menutup cermin muka ketika ada jenazah di dalam rumah






Hukum Tutup Cemin bila ada Jenazah. Perbuatan pelik, ada jenazah cermin pula ditutup. Menutup cermin-cermin muka dengan kain apabila jenazah ada didalam rumah hampir menjadi kebiasaan masyarakat kita. Timbul juga tandatanya mengapa amalan menutup cermin ini dilakukan apabila ada jenazah didalam rumah, namun memandangkan situasi yang tidak sesuai, persoalan ini selalu disimpan dan akhirnya dilupakan begitu saja. Namun, bila melihatkan amalan metutup cermin dengan kain ini hampir menjadi kemestian, persoalan ini perlu mendapat penerangan yang jelas. Apa Hukumnya dalam Islam perbuatan menutup cermin muka ketika ada jenazah didlam rumah. Berikut ialah maklumat yang perolehi dari sebuah laman soal jawab agama. Wallahu’alam bissawab 

Hukum Menutup Cermin Muka Ketika ada Jenazah di Dalam Rumah


Assalamualaikum ustaz,
Ada tuan rumah yang cover cermin-cermin muka di rumah dengan kain semasa ada jenazah. Saya tidak bertanya mengapa. Harap ustaz jelaskan hukum melakukannya.
Terima kasih.

Bismillahi wal hamdulillah,
Kami tidak menjumpai saranan dari Rasulullah saw supaya menutup cermin-cermin muka ketika terdapatnya jenazah dalam rumah tersebut. Apa yang kami temui ialah ianya merupakan amalan orang tua-tua dahulu yang beranggapan bahawa, cermin hanya digunakan oleh Si Mati ketika hidupnya sahaja. Apabila telah mati, cermin tersebut tidak berguna lagi kerana mengikut Kepercayaan Kuno Masyarakat Hindu, roh atau hantu tidak boleh melihat dirinya dalam cermin.

Maka untuk menjaga hati dan perasaan serta bagi menghormati ruh tersebut, setiap cermin muka dirumah simati tersebut perlulah ditutup. Perbuatan tersebut mengikut syarak adalah dilarang kerana ianya adalah perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw serta dianggap sebagai satu perbuatan khurafat yang menyalahi syarak.


`Check` paha isteri, ramai wanita tak sedar dirogol Jin





KUALA LUMPUR: Jika isteri sering marah-marah dan enggan melayani anda di tempat tidur, elok segera siasat.

Periksa pangkal peha isteri dan jika terdapat kesan lebam, jangan buang masa, buat pemeriksaan lebih rapi.


Jika anda dapati pada tempat lebam di pangala peha isteri anda itu terdapat lima lubang halus, jangan berlengah. Itu tandanya isteri anda telah diperkosa jin atau makhluk halis tanpa disedarinya.


HEBOH dan KECOH DI TV3!! MasyaAllah.

Kalau belum sampai ajal, kena langgar kereta pun masih boleh bangun lagi adik ni. Semua adalah ketentuan-Nya.
Memang nampak ngeri


Memang kes ini aneh, tapi inilah yang berlaku


Penampakan makhluk aneh serba hitam semasa peperangan

Perhatikan minit 007 ternampak 'seseorg' sedang berlalu berpakain serba hitam dari kiri ke kanan dan ghaib di sebalik dinding.. persoalan bolehkah manusia melihat Malaikat?

Cuba anda perhatikan betul2


Monday 28 October 2013

TERKINI : Fizo Omar dan Mawar Nikah pada 10 November ini, Tahniah




Fizo Omar dan Mawar telah mengumumkan tarikh pernikahan mereka , teka-teki mengenai tarikh pernikahan pelakon Fizo Omar   dengan  Mawar Abdul Karim iaitu anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda terjawab apabila pasangan itu mengesahkan untuk melangsungkannya pada 10 November depan , hal ini di sah kan oleh Fizo dalam sidang media hari ini.
Pelakon dan pengacara ini yang lebih di kenali dengan Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, berkata, majlis akad nikah akan diadakan pada tarikh berkenaan di rumah pihak perempuan iaitu di Country Heights, Kajang Selangor.
“Majlis nikah akan diadakan pada pukul 9 pagi dan akan disiarkan secara langsung menerusi slot Nasi lemak Kopi O di TV9. Majlis bertunang pula akan diadakan sehari sebelum majlis nikah iaitu pada 9 November,” katanya yang juga pengacara rancangan Nasi Lemak Kopi O itu.
Sebelum ini Fizo ada melakukan gimik yang sangat romatis dengan melamar Mawar, 24, di panggung wayang Cathay E-curve, Damansara di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi sambil disaksikan oleh pihak media yang di jemput untuk sidang media itu. 
Tahniah buat  Fizo dan mawar semoga majlis berjalan lancar dan semoga berbahagia ke anak cucu, InsyaAllah.


VIDEO: Insiden Pergaduhan semasa perlawanan Bola sepak Pahang Vs sarawak


Video amatur ini diambil oleh sahabat Kak Bedah yang ketika itu berada di Jungle Foodcourt Indera Mahkota Kuantan.

    Difahamkan penyokong pasukan Pahang bergaduh sesama sendiri ketika menyaksikan perlawan separuh akhir kedua Piala Malaysia diantara Sarawak menentang Pahang. Motif pergaduhan masih dalam siasatan