Fizo Omar dan Mawar telah mengumumkan tarikh pernikahan mereka , teka-teki mengenai tarikh pernikahan pelakon
Fizo Omar dengan Mawar
Abdul Karim iaitu anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda terjawab apabila pasangan itu mengesahkan untuk
melangsungkannya pada 10 November depan , hal ini di sah kan oleh Fizo
dalam sidang media hari ini.
Pelakon dan pengacara
ini yang lebih di kenali dengan Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol
Wan Omar, 28, berkata, majlis akad nikah akan diadakan pada tarikh
berkenaan di rumah pihak perempuan iaitu di Country Heights, Kajang Selangor.
“Majlis nikah akan diadakan pada pukul 9 pagi dan akan disiarkan secara langsung menerusi slot Nasi lemak Kopi O di TV9.
Majlis bertunang pula akan diadakan sehari sebelum majlis nikah iaitu
pada 9 November,” katanya yang juga pengacara rancangan Nasi Lemak Kopi O
itu.
Sebelum ini Fizo ada melakukan
gimik yang sangat romatis dengan melamar Mawar, 24, di panggung wayang
Cathay E-curve, Damansara di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi
sambil disaksikan oleh pihak media yang di jemput untuk sidang media
itu.
Tahniah buat Fizo dan mawar semoga majlis berjalan lancar dan semoga berbahagia ke anak cucu, InsyaAllah.