KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mula membentangkan
Belanjawan 2014 dengan mencuit hati hadirin apabila memerinci jumlah
penduduk di Malaysia.
Di awal ucapan Bajet itu Najib menyelar Pakatan yang menimbulkan
dakwaan bahawa terdapat 40,000 warga Bangladesh mengundi dalam Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13).
Najib berkata statistik rasmi terbaru menunjukkan Malaysia mempunyai 27.4 juta rakyat berbilang kaum.
"Ini tidaklah termasuk 40,000 orang Bangladesh yang didakwa oleh
pembangkang, dibawa masuk sebagai pengundi dalam pilihan raya umum ke-13
baru-baru ini.
"Walhal, hinggalah hari ini, tiada siapapun yang pernah melihat
kelibat, apatah lagi bayang mereka itu. Cukup-cukuplah pembohongan,
beristighfarlah banyak-banyak," katanya.
Dakwaan itu dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa hari sebelum PRU13.
Malah beliau mendakwa kerajaan menempah pesawat khas untuk menerbangkan
pengundi haram daripada Sabah dan Sarawak ke Semenanjung.
Bagaimanapun tidak ada bukti di kemukakan.
Petisyen-petisyen PKR dan Pakatan Rakyat untuk membantah keputusan PRU 13 juga tidak merujuk kepada “undi Bangla.”
0 comments:
Post a Comment